Tuesday, 4 December 2012

PEMBINAAN SURAU AMPANG SAUJANA

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEYUMBANG :
  • KEWANGAN
  • BAHAN MENTAH 
  • TENAGA 

              PENAMA :   SURAU AMPANG SAUJANA
              BANK       :   CIMB BANDAR BARU AMPANG 
              A / C          :    12760000113109

UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI PENGURUSI SURAU :-
ENCIK OSMAN DARUS H/P :0172529385

LOKASI SURAU




PLAN TAPAK SURAU AMPANG SAUJANA




SURAT PERMOHONAN BANTUAN


BENA

KELEBIHAN MASJID DAN ORANG YANG MENGUNJUNGINYA

Masjid mempunyai kedudukan yang istimewa dan terpenting di dalam Islam kerana peranannya yang luas terhadap syiar dan penyebaran ajaran-ajaran Islam , maka sudah pastilah bahawa masjid-masjid itu adalah rumah yang mulia dan suci  yang mesti dipelihara dan dihormati dengan sebaik-baiknya.
Lantaran itu orang yang selalu mendampingi masjid dan beribadat di dalamnya disifatkan oleh Allah sebagai orang yang beriman sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran ;

Ertinya ;
Hanya satu yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, serta mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapapun ) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ayat Al-Quran ini dikuatkan lagi dengan hadis-hadis daripada Rasulullah di antaranya, sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam

Ertinya :
masjid itu rumah ( tempat ibadat ) bagi tiap-tiap orang yang beriman. Dalam hadis yang lain
Rasulullah ada bersabda ;

Ertinya ;
"Apabila kamu melihat akan lelaki  yang melazimkan ( membiasakan ) diri ke masjid maka saksikanlah baginya dengan iman".
Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda Ertinya:
"Sesiapa yang membina sebuah masjid dengan hati yang ikhlas kerana Allah taala nescaya Allah akan membina sebuah rumah di syurga."

Ertinya ;
Dari Abu Musa Al Ashari Radiallahu Anhu katanya ,Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :"Orang yang lebih besar pahalanya dalam mengerjakan sembahyang ( masjid ) ialah yang lebih jauh serta yang lebih jauh lagi perjalanan ( dari tempatnya ke masjid ).


FUNGSI
  • MELAKSANAKAN PENGURUSAN DAN HAL EHWAL PENTADBIRAN MASJID.
  • MELAKSANAKAN PROGRAM IMARAH SEPERTI MENGADAKAN KULIAH AGAMA, KELAS PENGAJIAN DAN SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM DAN LAIN-LAIN.
  • MERANCANG DAN MENGADAKAN PROGRAM PENGAJIAN BULANAN DAN KURSUS KEMAHIRAN BACAAN UNTUK IMAM-IMAM DAN KAKITANGAN MASJID MUKIM.
  • MEMBANTU DALAM URUSAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT MAIK.
  • MELAKSANAKAN URUSAN DAN UPACARA AKAD NIKAH PERKAHWINAN BAGI UMAT ISLAM.
  • MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN KHIDMAT NASIHAT KEPADA PENDUDUK SETEMPAT DALAM HAL EHWAL KEAGAMAAN TERMASUK PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA.
  • BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP URUSAN KEMATIAN TERMASUK MENGURUSKAN JENAZAH YANG TIDAK MEMPUNYAI WARIS DAN URUSAN HAL EHWAL KEAGAMAAN SERTA BERKERJASAMA DENGAN PIHAK-PIHAK LAIN DALAM KERJA MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR DALAM KAWASAN MUKIMNYA.
  • MENYELIA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN TANAH KUBUR DI DALAM MUKIM MASJIDNYA.
  • BERKERJASAMA DENGAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN DALAM JAJAHAN.
  • ADAB MASUK MASJID
1.Suci dari Hadas Besar dan Kecil.
2. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu "
3. Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada orang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih"
4.Jangan pula lupa niat itikaf…
5. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid ), ganti dengan tasbihat 4 X bila ada kuliah berjalan.

  • ADAB DALAM MASJID
1. Solat disaf hadapan..jangan lalu di hadapan orang solat (40 tahun amalan terhapus)
2. Duduk menghadap Qiblat ..perlahankan suara zikir jika ada orang baca Al Quran dan perlahankan bacaan Al Quaran jika ada orang solat
3.Tiada jual beli dalam masjid
4. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya
5. Sentiasa menyebut nama Allah. Menghadirkan Allah dalam hati.Berselawat dan beristigfar….
6. Jangan iklan barang sendiri yang hilang
7. Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia,cakap yang sia-sia….
6. Jauhi dari menghina Islam,sunah nabi dan megumpat
7.Jangan menghunus senjata. Jangan berludah ke arah Kiblat, kiri atau belakang jika terpaksa….
8.Buang najis yang kita nampak (mas kawin bidadari surga)contoh tahi cicak…
9.Duduk rapat-rapat jika ada kuliah Agama, jangan menyandar dinding...ya....
10.Jangan patahkan jari,jangan menyilangkan jari-jari tangan...jangan menyikat rambut,

  • ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN
1. Berdiam diri.
2. Menjawab seruan Azan.
3. Berdoa setelah selesai Azan.
4. Di tambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
5. Kerjakan solat sunat Rawatib.

  • ADAB KELUAR MASJID
1. Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
2. Berniat untuk datang kembali.
3. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.
--------------------------------------------------------------------------------
Masjid paling mulia di sisi Allah di dalam Islam ialah Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, 



KERJA-KERJA MERATAKAN TAPAK PEMBINAAN SURAU 
SUDAH BERMULA 9/12/2012















Gambar terkini
Alhamdulilah hasi ldari  sumbangan dermawan ,dapat menyiapkan tapak Surau Ampang Saujana








ALHAMDULILAH BERKAT SUMBANGAN JEMAAH, DAPAT SIAPKAN TAPAK SURAU,TERIMAKASIH KEPADA SEMUA PENDERMA,SEMOGA ALLAH LIPATGANDAKAN LAGI REZEKINYA AMIN...













No comments: